
16.2.14
Nuraliah Natasha bt Ahmad.
She's one of my bff. She always stick with me no matter what. She's the one who understand me well. Almost 4 years we're being best friends. Thank to Allah for sent her to me. Thank you so much :')
Aliah, aku rindu kau sangat-sangat. Aku rindu nak berborak dengan kau. Aku rindu nak kacau kau. Aku rindu nak peluk kau kuat-kuat. Aku rindu saat kita bersama. Aku rindu segalanya. Words can't describe how much i miss you.
Kau tahu, aku selalu cakap dengan aina & diyana.. "kalaulah aliah ada, mesti best. mesti banyak benda kita buat sama-sama" that moment makes me feel "aliah, aku rindu kau". Setiap kali kalau stayback ke apa, mesti salah seorang dari kita akan sebut nama kau. Masa itu kita akan meluahkan perasaan bersama betapa rindunya kitaorang dekat kau.
Aliah, dekat sana mesti tak selesa kan? Mesti kau banyak masalah kan? Aku tahu, aku ada termimpikan kau. Dalam mimpi aku, kau cerita kat aku yang kau sedih sangat-sangat sebab kau ada banyak masalah. Lepas tu, aku terus terjaga and teringatkan kau. Aku rasa macam nak menangis bila kau ada banyak masalah. Aku sedih. Sebab aku takada disisi kau. Aku minta maaf aku takada waktu kau susah.
Kekadang aku selalu cerita pasal kau kat kakak aku, then kakak aku kata "bila dah pergi tempat orang, bukan senang nak selesakan diri kat sana. macam-macam dugaan kita dapat". Waktu tu aku rasa, memang betul. Tak semua orang boleh terima kita. Kau sabar banyak-banyak. Mungkin ini dugaan untuk kau. Allah sayangkan kau sebab itu Allah sedang uji kau. Tabahkan hati kau okay? :)
Aku bersyukur, sebab Allah pertemukan aku kawan-kawan yang sempurna depan mata aku. Yang banyak mengajar aku tentang erti kehidupan, agama dan sebagainya. Terima kasih aina, aliah dan diyana. Korang sudi kawan dengan aku. Aku hanya insan yang lemah. Aku juga mudah membuat kesilapan. Terima kasih atas teguran dan nasihat korang semua. Terima kasih kerana mengisikan masa korang untuk aku walaupun hanya sesaat. Terima kasih atas segalanya. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa korang. Maafkan semua perbuatan aku. Andai kata aku pergi dari kehidupan korang buat selama-lamanya, jangan lupakan aku tau :')
Labels: A friend is someone who understand your past, and accepts you today just the way you are., believes in your future
0 Comments: