Apple pie over here ^__^: Diari berdarah
Story of my life...
Diari berdarah
6.8.12



Telah kututup sudah
Terburai sama dalam gundah
Telah kucuba tidak membuka haluan
Tapi tak mampu terkunci

Diari itu akhirnya membawa warna
Merah dan terus berdarah
Kerana di hujungnya ada catatan
Perang baru bermula
Perang sudah tercipta

Siapakah yang memulakan
Walaupun telah cuba kututupi
Ia terus membara
Jauh ke dalam
Menjengah parah

Biarlah
Ia terakam 
Dengan warkah padah
Tahun baru
Aku tidak keliru

Diari berdarah
Kusimpan tanpa arah
Biarpun merahnya ngalir 
Helai demi helai

0 Comments:



Facebook
Twitter
Instagram
Ask.fm